Firman ALLAH SWT

Sabda Rasulullah SAW

Kalam Tinta Dari Ku

Wednesday, March 11, 2009

Rukun Iman Pertama : Percaya Kepada ALLAH

Rukun Iman Yang Pertama : Wajib Percayakan Allah

Arwah datuk ku ada berpesan, " Perkara pertama bagi setiap muslim ialah wajib beriman dengan Allah "

Allah ialah nama bagi Tuhan yang sebenar. Allah yang mencipta seluruh alam dan isinya. Allah yang mengatur dan menjaganya. Allah tidak boleh dilihat, tetapi bukti-bukti sangat banyak untuk menunjukkan pada akal yang waras dan adil bahawa Allah itu wajib ada. Bukan sekadar kita wajib mempercayai bahawa Allah itu ada, bahkan wajib pula kita menyembah NYA.
Untuk hendak mempercayai Allah dan menyembah NYA, manusia wajib mengenal Allah dengan betul. Dan untuk hendak mengenali Allah dengan betul, manusia mestilah mencari dan mengkaji dalil-dalil dari Al Quran, Hadis dan Akal. Jika kita tidak mengenal Allah dengan betul, nescaya akan sesat dan kafirlah kita.

Agama Islam adalah agama yang suci. Tidak seperti penganut Kristian yang mengatakan Tuhan mereka mempunyai anak bernama Jesus yang boleh dibunuh dan disalib oleh makhluk yang dicipta oleh Tuhan. Teringat aku dalam suatu majlis dialog ringkas bersama salah seorang pesakit ku yang juga menjadi ahli Majlis Gereja.

Soalan Ahli Majlis Gereja : Islam mengatakan Muhammad kekasih Tuhan (Allah). Tetapi mengapa Tuhan membiarkan kekasih Nya dibaling batu hingga berdarah ?

Jawapan aku : Saya tak hairan kalau setakat kekasih dibaling batu sampai berdarah. Yang saya tidak faham tentang Kristian, mengapa Tuhan Ruhul Qudus Kristian membiarkan anaknya (Jesus) dipaku sampai mati ? Lagi teruk dari membiarkan kekasih dibaling batu sampai berdarah. Bolehkah Tuhan dibunuh oleh makhluk ciptaannya ? Jika Jesus anak Tuhan boleh dibunuh oleh makhluk ciptaan Tuhan, ini bermakna makhluk yang dicipta lebih kuat dari Pencipta. Masuk akalkah ? Contohnya, awak membuat sebuah kerusi. Bolehkah kerusi yang awak buat, bergerak sendiri membunuh awak ? Oleh itu, Tuhan menciptakan manusia, bolehkah manusia membunuh Tuhan ? Tak masuk akal.

Agama Islam tidak juga seperti agama Buddha yang menyembah berhala yang mereka dakwa menjadi perantaraan kepada tuhan yang sebenar. Bila ditanya kepada mereka, siapa Tuhan yang sebenar ? Sami mereka sendiri tidak berupaya menjawabnya.

Agama Islam tidak juga seperti agama Hindu yang mempunyai tuhan yang berbilang-bilang, ada yang berkepala Gajah, ada yang bertangan lapan, ada yang berperut boroi, ada juga yang berupa lembu. Apakah "tuhan" itu lemah sehingga perlu berjemaah dengan "tuhan-tuhan" yang lain ? Apakah tuhan itu berbentuk-bentuk ? Apakah tuhan itu diukir dan dibuat oleh makhluk ? Lagilah tak masuk akal yang waras.

Sebab itulah, setiap muslim wajib mengenal Allah dengan betul. Nanti timbul pula soalan, "Sedangkan Allah tidak boleh dilihat, bagaimana pula hendak mengenal Allah dengan betul ?" Walaupun zat Allah tidak boleh dilihat, kita mampu mengenal Allah dengan kadar mengenali sifat-sifat NYA. Juga kita mengenal Allah dengan kadar mengenali nama-nama NYA.

Apa itu zat ? Apa itu sifat ?

Senang saja. Apabila kita kata : DINOSAUR BESAR, maka "Dinosaur" itu ialah sesuatu yang ada, yang wujud. Sesuatu yang seperti itu dinamakan ZAT. Dinosaur adalah ZAT.

"Besar" pula menyatakan rupa atau keadaan sesuatu zat (dinosaur). Maka "besar" itu dinamakan SIFAT. Ertinya, SIFAT adalah menyatakan rupa atau keadaan sesuatu ZAT. Dan sifat bersandar kepada zat. Maksud bersandar di sini ialah sifat memerlukan zat. Kalau tak ada zat, sifat tak wujud. Sifat ini hanya ada difikiran dan tidak boleh disentuh.


Contoh 1 (Zat yang boleh dilihat, disentuh, dirasa) : Biji saga merah. Biji saga adalah zat. Merah adalah sifat. Kalau tak ada biji saga, tak adalah tempat untuk sifat bersandar. Maka tak adalah merah. Adanya merah kerana adanya biji saga. Merah hanya tafsiran di akal, kita tidak boleh memegang merah.

Contoh 2 (Zat yang tidak boleh dilihat, disentuh, dirasa) : Fikiran jumud. Fikiran adalah zat. Jumud adalah sifat. Kalau tak ada fikiran, tak ada tempat untuk sifat jumud bersandar. Adanya jumud sebab adanya fikiran.

Begitulah antara caranya untuk mengenal Allah SWT dengan betul, melalui mengenal sifat-sifat NYA. Kerana kewujudan Allah SWT mempunyai segala sifat-sifat kesempurnaan Yang Maha Terpuji dan Maha Agung.

Bagaimana kita boleh mengetahui dan mengenal sifat-sifat Allah SWT ?

Kita boleh mengetahuinya dari Al Quran dan Hadis Rasulullah SAW, serta bantuan akal.
Ulamak ilmu Tauhid Ahlus Sunnah Wal Jamaah telah sepakat bahawa setiap muslim wajib mempercayai secara ringkas (ijmali) bahawa Allah SWT memiliki segala sifat-sifat kesempurnaan yang layak bagi NYA. Aku sengaja memasukkan susunan kata "yang layak bagi NYA", kerana ada sifat-sifat yang "sempurna" pada sisi makhluk tetapi tidak sempurna pada sisi Allah SWT. Contohnya sifat "merendah diri". Sifat ini memang baik dan "sempurna" bagi manusia, tetapi sifat "merendah diri" tidak sempurna dan tidak layak bagi Allah SWT yang menjadi Tuhan kepada sekelian alam.

Andainya adalah manusia kat dunia ini yang berkata " Aku alim " atau " Aku mulia ", ini bermakna orang itu membesarkan dirinya dan berbohong, kerana sifat-sifat itu bukan berasal dari dirinya tetapi datang dari Allah SWT. Anytime, Allah boleh hilangkan sifat tersebut darinya.
Kadang-kadang ada suara-suara sumbang yang mempersendakan "Buat apa buang masa mempelajari sifat-sifat Allah? "

Jawapannya mudah aja. Para ulamak mujtahidin, mereka berpandangan jauh. Fikiran mereka global. Ada orang mengaku global, tetapi batas fikiran setakat dalam chat room saja. Tak lebih dari itu. Tetapi ulamak mujtahidin, walau mereka tidak mengaku global, walaupun mereka tak main internet dan berchatting kat yahoo group, tetapi pemikiran mereka yang jauh dan luas mampu melihat juzuk dan ruang yang boleh menyebabkan seseorang Muslim tersesat pegangannya. Maka ulamak mujtahidin seperti Imam Abu Hassan Al Asyaari rahmatullah a'laih dan Imam Mansur Al Maturidi rahmatullah alaih menyusun ilmu tauhid yang orang Melayu kita sekarang kenali sebagai Ilmu Sifat 20 (orang Melayu kita ni cukup kreatif dalam memberi nickname), kerana sifat-sifat bagi Allah inilah yang sering digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk menyesatkan aqidah umat Islam.

Sebagai contoh, Asaari Mohamad, Pengerusi Rufaqa yang dulunya dikenali sebagai Jemaah Al Arqam. Rakaman dialog antara Asaari dan "Rasulullah" yang direka sendiri oleh Asaari Mohamad yang pernah disiarkan oleh TV3. Antara dialog tersebut ialah : Nabi menjanjikan Asaari Mohamad akan menjadi Perdana Menteri dalam tempoh 3 bulan dari tarikh dialog tersebut.

Orang yang mempelajari dan memahami ilmu Sifat Dua Puluh akan nampak, kesesatan Asaari Mohamad disitu. Walaupun cuma satu ayat dari dialog tersebut, mereka yang mempelajari ilmu Tauhid akan sedar betapa lemahnya, betapa jahilnya, betapa tiada kudrah dan iradahnya Allah SWT digambarkan di dalam dialog tersebut. Mustahil Allah dari memiliki sifat-sifat kekurangan. Kerana setelah lebih 3 bulan dari tarikh dialog tersebut, Asaari Mohamad masih menjadi seorang penjenayah. Adakah Allah SWT itu jahil kerana tidak tahu Asaari Mohamad tidak mungkin akan menjadi Perdana Menteri dalam tempoh 3 bulan sehingga mewahyukan kepada Rasulullah SAW untuk menyampaikan berita kepada Asaari Mohamad yang dia akan jadi PM lagi 3 bulan ? Adakah Allah SWT itu dinafikan sifat kudrah dan sifat iradahnya kerana tertakluk kepada faktor masa 3 bulan ? Maha Suci Allah dari sifat-sifat kekurangan dan kelemahan.
Begitu juga gambaran bahawa Rasulullah seorang yang jahil dan khianat. Rasulullah SAW menjanjikan Asaari Mohamad menjadi PM lagi 3 bulan dari tarikh dialog. Lebih 3 bulan, Asaari Mohamad masih seorang penjenayah. Adakah Rasulullah SAW berkata dusta ? Maha Suci Allah. Rasulullah SAW bersifat dengan sifat Siddiq. Mustahil Rasulullah SAW berdusta. Dan setiap apa yang diucapkan oleh Rasulullah SAW adalah yang diwahyukan oleh Allah SWT. Apakah wahyu Allah itu merupakan pembohongan ? Maha Suci Allah dari sifat jelek itu.

Inilah antara bukti, wajibnya dan pentingnya setiap Muslim mendalami ilmu Tauhid dan mengenal Allah SWT dengan kaedah yang betul. Agar terhindar dari kesesatan. Dan para Imam Ahlus Sunnal Wal Jamaah iaitu Imam Abu Hasan Al Asya'ari dan Imam Mansur Al Maturidi telah nampak bahwa akan ada pihak yang akan mengelirukan umat Islam tentang sifat-sifat Allah & Rasul sebagaimana yang dilakukan oleh Asaari Mohamad, maka mereka susun ilmu Tauhid Sifat 20, agar umat Islam yang mempelajari ilmu ini nampak kesesatan yang dibawa oleh ahli-ahli bida'ah seperti Asaari Mohamad dan Rufaqa.

Ini juga adalah bukti, walau sudah 1400 tahun Rasulullah SAW meninggalkan kita, fahaman Mu'tazilah modern masih berleluasa di tahun 2009. Kaum Mu'tazilah modern ini senang-senang mengeluarkan fatwa berdasarkan hawa nafsu mereka. Maka tidak hairanlah golongan Mu'tazilah modern ini benci kepada manusia yang cuba menegakkan makrufat. Malah mereka juga menggalakkan penutupan aurat muslimah dengan hanya memakai kebaya nyonya.

Cukup disini dulu.

Cernakan dulu. InsyaAllah kita akan teruskan dengan membahaskan sifat-sifat kesempurnaan yang layak bagi Allah SWT di masa akan datang.

Wallahu a'lam

Monday, March 9, 2009

Rahsia Mawlidur Rasul




Dulu waktu aku kecik2, aku pernah membelasah anak-anak orang kaya di kampung ku kerana mereka membuli abang ku. Anak-anak orang kaya tu cemburu kepada abang ku yang pandai sebab abang aku terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Australia selepas keputusan SPM dikeluarkan. Kebetulan aku memang berada di tempat kejadian sewaktu mereka membuli abang ku. Aku pun masuk campur, dan teruk aku belasah anak-anak orang kaya tu.

Selepas insiden tu ayah aku ada problem nak pinjam duit dari orang kaya di kampung ku sebab anak dia patah tangan kena belasah dengan aku. Jadi ayah aku cukup tension sebab urusan nak hantar abang aku sambung belajar ke Australia bermasalah. Ayah aku rembat belakang aku dengan tali pinggang.


Kemudian arwah atok aku yang pujuk aku. Atok aku ajak aku gi candat sotong waktu malam gelap sambil memujuk aku. Lalu dia ijazahkan aku 7 lagu selawat.


Aku ingat lagi kata2 arwah atok aku memujuk sewaktu sedang mencandat sotong di tengah laut yang tenang, dalam sampan kecil. Antara kata2 pujukannya :


Atok bangga melihat diri kamu derita dalam kesakitan dari melihatmu gembira dalam kelalaian. Atok bangga mndengar tangisanmu kerana pengorbanan terhadap abang mu dari melihat tawamu kerana pngkhianatan. Atok bangga melihat kamu berdiri megah berdepan musuh dari berpaling lari kedayusan. Atok bangga melihat diri mu bersedih kerana menanggung musibah dari engkau kufur kepada ALLAH ketika beroleh nikmat ....


Selain kata2 pujukan dan lagu2 selawat, arwah atok aku juga benyak menceritakan tentang isi kandungan Kitab Hembusan Kasturi yang membicarakan tentang bacaan berzanji dan mawlidurrasul.


Antara yang diceritakannya dan yang masih aku ingat ialah :


Ibnul Jauzi (seorang ulamak besar di zaman salafussoleh) berkata bahawa salah satu daripada perkara-perkara yang AMAT MUJARRAB ( iaitu telah dicuba dan terbukti keberkesanannya ) ialah meraikan atau merayakan Maulid Nabi SAW. Katanya, dengan merayakan Mawlid Nabi SAW, akan mendatangkan keamanan yang penuh sepanjang tahun ditempat diadakan keramaian Mawlid itu.


Ada satu hadis Nabi SAW bermaksud :Barangsiapa membesarkan hari kezahiran ku, nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan satu dirham untuk Mawlid ku, maka seolah-olah ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untk ugama ALLAH


Banyak lagi khasiat dalam merayakan Mawlid Nabi SAW sambil dibacakan kitab Berzanji atau Daiba'i.


Arwah atok ku pernah bercerita, yang pernah gurunya tidur dan bermimpi. Dalam mimpi, gurunya melihat Rasulullah SAW dan Habib Noh (seorang wali ALLAH di Singapura) berjalan di hadapan rumahnya. Habib Noh mempelawa Rasulullah SAW untuk menziarahi guru tersebut. Tapi Rasulullah SAW enggan dan berkata, yang guru tersebut tidak cintakan Rasulullah SAW kerana tidak meraikan Mawlid. Bila guru tersebut tersedar dari mimpi, dia terus membaca kitab Mawlid Berzanji dan Daiba'i setiap hari.


Sehinggalah sekarang, arwah atok aku akan menyuruh ahli keluarganya membaca Mawlid Berzanji setiap malam Jumaat dan membaca kitab Mawlid Daiba'i setiap malam Isnin. Kerana menuruti jejak langkah gurunya.


Antara fadilat meraikan Mawlid Nabi SAW ialah memurahkan rezeki seperti yang tertera dalam kitab2 lama.Seperti yang diperkatakan oleh Imam Syafie, Barangsiapa mengumpulkan orang untuk menyambut Mawlid Nabi SAW dengan membaca Mawlid, dan mengadakan syarahan2 berkenaannya, serta menyediakan makanan bagi mereka dan membuat kebajikan , nescaya ALLAH Ta'ala akan membangkitkan mereka di hari kiamat bersama-sama dengan wali-wali, para syuhada dan orang yang soleh. Dan dia akan berada di dalam syurga yang penuh dengan nikmat.


Berkata pula Saidina Abu Bakar As Siddiq, Barangsiapa meraikan Mawlid Nabi SAW, maka sesungguhnya dia akan menjadi teman ku di dalam syurga.


Berkata pula Saidina Omar Al Khattab, Barangsiapa meraikan Mawlid Nabi SAW, maka sesungguhnya ia menghidupkan ugama Islam.


Berkata pula Saidina Osman, Barangsiapa membelanjakan satu dirham untuk membaca Mawlid Nabi SAW, maka seolah2 dia mati syahid di dalam peperangan Badar & Hunain.


Berkata pula Saidina Ali, Barangsiapa membesarkan perayaan Mawlid Nabi SAW, maka ia tidak akan meninggal dunia, melainkan keadaannya di dalam iman.


Rasulullah SAW bersabda lagi : Barangsiapa mencintai diri ku, nescaya dia akan bersama ku di dalam syurga.


Dan di dalam bacaan Mawlidur Rasul sama ada Mawlid Berzanji atau pun Mawlid Daiba'i, susunan kisah sejarah kelahiran Rasulullah SAW disusun dalam bentuk puisi sambil diselang selikan dengan selawat. Ada rentak yang lembut dan mendayu seperti yag dipaparkan oleh bacaan lagu Sikah dan Raghbi. Ada yang tegas dan keras seperti bacaan Dukah. Dan ada yang menstabilkan emosi seperti bacaan Rast.


Keempat2 lagu Mawlid itu diperindahkan dengan tujuh lagu selawat, agar roh dan jiwa berbekas dengan bacaan sejarah kehidupan Rasulullah SAW.ALLAH dan malaikat sendiri mengucapkan selawat ke atas Rasulullah SAW, maka kita sebagai makhluk yang hina, lebih2 lagilah sepatutnya mengucapkan selawat ke atas Rasulullah SAW.


Firman ALLAH : Sesungguhnya ALLAH dan para malaikat NYA berselawat ke atas Nabi (Muhammad SAW) ; wahai mereka yang beriman, banyakkanlah oleh mu mengucapkan selawat dan salam ke atasnya.


Rasulullah SAW bersabda : Banyakkanlah mengucapkan selawat kepada ku kerana mengucap selawat kepada ku itu ialah menjadi kafarah (iaitu menebus dosa) dan zakat bagi mu. Maka barangsiapa mengucap selawat kepada ku sekali nescaya ALLAH Ta'ala memberi selawat kepadanya sepuluh kali.


Sabda Rasulullah SAW lagi : Ada tiga golongan manusia yang akan berada di dalam perlindungan Tuhan Yang Maha Mengasihani Lagi Maha Tingi pada hari yang tidak ada perlindungan melainkan perlindungan pada NYA. Lalu Rasulullah SAW di tanya " Siapakah mereka itu wahai Rasulullah SAW?" . rasulullah SAW menjawab : Mereka ialah orang yang menghilangkan kesusahan dari orang yang susah dari kalangan umat ku, orang yang menghidupkan syariat ku dan orang yang banyak mengucapkan selawat bagi ku.


Sabda Rasulullah SAW lagi : Barangsiapa menulis selawat bagi ku di dalam sebuah kitab nescaya malaikat-malaikat akan sentiasa memintakan ampun baginya selagi tulisan nama ku itu ada di dalam kitab.


Diutusnya Rasulullah SAW sebagai rahmat ke atas sekelian alam. Antara rahmat baginda ialah nama baginda sendiri Muhammad. Terdapat hadis yang menyatakan kelebihan bagi menamakan anak2 yang bernama Muhammad.


Rasulullah SAW bersabda :Akan berdiri dua orang hamba ALLAH di hadapan ALLAH Ta'ala di padang Mahsyar. Lalu ALLAH memerintahkan kedua-dua mereka masuk syurga. Maka berkatalah mereka berdua ..... "Wahai TUHAN kami, bagaimanakah kami berhak masuk syurga?" ...... Lalu ALLAH berfirman .... Wahai hamba-hamba KU berdua, masuklah kedua-dua kamu ke dalam syurga kerana AKU bersumpah kepada diri KU bahawa orang yang namanya Ahmad atau Muhammad itu tidak akan masuk neraka"


Maka aku menyeru, agar didiklah diri kita untuk memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW di bulan ini, semoga kita beroleh syafaat baginda Rasulullah SAW.


Aku juga mengambil kesempatan untuk menjemput ke majlis Mawlidur Rasul di rumah aku pada tempat, tarikh dan masa berikut :Tarikh : 9 Mac 2009

Tempat : No 23, PS 1903, Taman Mahsuri, 73000 Tampin

Masa : Selepas Solat MaghribHarap sesiapa yang tak kerja dan free, silalah datang bagi meraikan majlis hari lahir Nabi kita SAW

ALLAHUMMA SOLLI A'LA SAIYIDINA MUHAMMAD WA A'LA ALIHI SAIYIDINA MUHAMMAD

Saturday, March 7, 2009

Muqaddimah Ilmu Tauhid Part 2

Dalam ilmu Tauhid, apabila kita membicarakan tentang hukum-hukum dalam ilmu Tauhid, selain dari membahaskan tentang hukum akal, kita tidak lepas lari dari membahaskan tentang hukum adat.

Apa itu adat ? Adat ialah kebiasaan. Hukum adat juga mempunyai 3 bahagian, iaitu wajib, mustahil dan mumkin. Sesetengah orang jadi keliru antara hukum adat dan hukum akal yang telah kita bahaskan terdahulu.

Apa itu hukum adat ? Hukum adat atau hukum kebiasaan, ialah suatu penetapan atau suatu keputusan yang dibuat berdasarkan hasil yang biasa dialami/diperolehi pada sesuatu kejadian atau perbuatan. Contohnya :

Cth 1 : Bila makan ianya mengenyangkan. Keputusan ialah kenyang terhasil dari perbuatan makan.

Cth 2 : Pisau yang tajam memotong sayur yang lembut. Pisau ada benda atau zat, tajam ialah sifat (ini termasuk dalam hukum akal). Pisau tajam memotong sayur yang lembut. Hasil dari perbuatan memotong sayur yang lembut terpotong. (ini hukum adat)

Cth 3 : Api wajib panas. Kita menghukumkan pada adat api wajib panas sebab pada pengalaman kita , kerana tiap kali kita rasa api, ia merasa panas. Tetapi ianya pada kebiasaan, api sememangnya panas. Adat api sememangnya panas. TETAPI ianya hanya pada kebiasaan dan adat sahaja. SEBAB, akal dapat menghukumkan bahawa api itu mumkiin boleh dirasa tidak panas, sebagaimana Allah kehendaki api tidak menjadi panas dan tidak membakar Nabi Ibrahim AS.

Cth 4 : Manusia wajib ada oksigen untuk bernafas. Ini wajib pada adat, ada oksigen untuk manusia bernafas dan hidup. TETAPI ada juga kisah yang mencarik adat, Nabi Yunus AS, ditelan ke dalam perut ikan Nun, baginda hidup dalam perut ikan Nun dan dalam air laut tanpa oksigen. Sebagaimana diceritakan didalam Surah Al Anbiya' ayat 86 - 88. Kisah ini mencarik adat, secara langsung membuktikan bahawa ianya MUMKIN pada akal, kerana kekuasaan Allah Taa'la. Sebagai Al Khaliq Yang Maha Pencipta, Allah berkuasa melakukan apa sahaja yang mencarik adat. Oleh itu, akal yang waras yang sedar bahawa Allah bersifat dengan KUDRAT dan IRADAT, boleh menerima perkara yang mencarik adat. TETAPI ianya mestilah dibuktikan dengan DALIL dan kajian yang teliti.

Apa itu mustahil pada adat ? Mustahil pada adat ialah sesuatu perkara yang menyalahi adat. Contohnya :

Cth 1 : Manusia mustahil boleh hidup lama ratusan tahun tanpa makan dan minum. Dalam kehidupan biasa, mustahil manusia boleh hidup lama. TETAPI kalau menurut hukum akal pula, mumkin manusia hidup lama tanpa makan dan minum. Seperti kisah Ashabul Kahfi yang hidup selama 309 tahun tanpa makan dan minum. Ianya mustahil pada adat tapi tidak mustahil pada akal ( mumkin pada akal ).

Cth 2 : Manusia mustahil boleh mendengar suara manusia lain dari jarak yang amat jauh. Dalam kehidupan biasa, mustahil kita mampu mendengar percakapan orang lain dari jarak yang jauh tanpa menggunakan peralatan komunikasi. TETAPI kalau menurut hukum akal, harus manusia boleh berhubung antara satu sama lain tanpa menggunakan peralatan komunikasi, sebagaimana Saidina Umar Al Khattab yang berada di Madinah mampu berhubung dengan Sariah dan tenteranya di Parsi (Iran) dan melihat tentera musuh sedang mara ke tempat tentera Islam. Lantas Saidina Umar Al Khattab mengarahkan Sariah dan tenteranya agar segera menaiki gunung dibelakang mereka untuk terselamat dari kepungan musuh.

Apa itu mumkin pada adat ? Mumkin pada adat ialah perkara atau kejadian yang boleh berlaku atau boleh untuk tidak berlaku pada kebiasaan pengalaman kita. CONTOHNYA :

Cth 1 : Langit gelap, boleh jadi akan hujan. Boleh jadi juga tidak akan hujan. Hujan boleh, tak hujan pun boleh.

Cth 2 : Seorang sakit yang masuk ke ICU, boleh jadi akan meninggal dunia. Boleh jadi juga tidak akan meninggal dunia. Salah-satu keadaan boleh berlaku. Hukum adat, adalah hukum yang lumrah terjadi. Namun apabila kita mengambil kira, hukum akal, maka adakalanya hukum adat boleh terbatal. Tak semestinya wajib pada adat, akan menyamai wajib pada akal. Begitu juga. Tak semestinya mustahil pada adat, akan menyamai mustahil pada akal. TETAPI tiap-tiap hukum yang mumkin pada adat, ialah juga hukumnya mumkin pada akal. Lain perkataan, mumkin pada adat adalah sama dengan mumkin pada akal.

Ringkasan

a. Wajib pada adat boleh jadi sama dengan wajib pada akal
b. Wajib pada adat tak semestinya sama dengan wajib pada akal.
c. Mustahil pada adat boleh jadi sama dengan wajib pada akal
d. Mustahil pada adat tak semestinya sama dengan mustahil pada akal
e. Mumkin pada adat boleh jadi sama dengan mumkin pada akal.
f. TETAPI ada juga hukum mumkin pada akal tetapi tidak mumkin pada adat.

Dan perlu diingat, segala hukum WAJIB, MUSTAHIL dan MUMKIN pada adat, kesemuanya adalah MUMKIN pada sisi Allah Taala.Contohnya :

Cth 1 : Seseorang MUSTAHIL pada adat boleh seorang manusia boleh berjalan di atas air tanpa sebarang peralatan, bahkan WAJIB pada adat dia tenggelam. TETAPI hal ini, WAJIB pada adat sahaja, kerana ia MUMKIN pada akal. Sebab Allah Ta’ala berkuasa menjadikan orang itu timbul dan berjalan di atas air tanpa alat-alat tertentu.

Cth 2 : Seseorang MUSTAHIL pada adat boleh hidup 300 tahun tanpa makan dan minum, bahkan WAJIB pada adat dia mati. TETAPI hal ini hanya WAJIB dan MUSTAHIL pada adat, sedangkan pada akal ia MUMKIN. Allah berkuasa menjadikan manusia dan alam ini, maka tidak sukar bagi Allah SWT mengubah adat.

Dalam menghasilkan sesuatu hukum, seseorang perlu dan mesti berpandu kepada DALIL. Sumber kepada dalil-dalil untuk menghasilkan hukum ialah :
a. Al Quran
b. Hadis Nabi Muhammad SAW
c. Akal

Oleh itu, marilah kita renung sejenak. Sejauh mana kita memahami, meyakini dan mengamalkan rukun iman yang enam perkara. Seandainya kita masih lagi pada peringkat "TAHU" tetapi tidak lagi faham, lebih-lebih lagi tidak yakin, maka tidak hairanlah kita masih lagi bergelumang dengan dosa dan kemungkaran.

Bagaimana kita ingin tahu bahawa kita telah yakin dengan ilmu Tauhid yang kita pelajari ? Mudah saja. Kalau kita bersedia mengajarkannya dan menyampaikan kepada saudara-saudara seIslam serta kepada orang yang masih jauh dari Islam untuk mentauhidkan Allah SWT, itulah antara tanda bahawa kita sudah yakin dengan ilmu Tauhid yang kita pelajari.Insya Allah, kita akan sambung pengajian kita di masa akan datang.

Wallahu a'lam

Muqaddimah Ilmu Tauhid Part 1

Dalam bahasa Arab, TAUHID diertikan "mengesakan". Maka dalam ilmu Tauhid, ianya memberi erti mempercayai Tuhan itu esa. Oleh itu Ilmu Tauhid ialah ilmu yang menerangkan segala kepercayaan-kepercayaan dan hukum-hukumnya di dalam Islam termasuk hukum mempercayakan Tuhan itu esa.

Seandainya terdapat orang yang tidak mempercayai perkara-perkara yang menjadi asas Ilmu Tauhid, nescaya orang itu bukanlah seorang Islam bahkan gelaran kafir adalah yang selayak bagi dirinya. Begitu juga halnya, sekiranya seorang Islam menukar kepercayaan dari mempercayai perkara-perkara yang asas, kedudukannya juga adalah kafir.

Perkara yang asasi yang wajib dipercayai dalam ilmu Tauhid ialah perkara yang dalilnya atau buktinya cukup terang dan kuat yang terdapat di dalam Al Quran atau Hadis yang sahih. Perkara yang dipercayai ini tidak boleh dita'wil (ditukar) maknanya yang asli dengan makna yang lain.

Perkara-perkara dan hukum-hukum yang dinyatakan di dalam Ilmu Tauhid itu terkandung di dalam Rukun Iman. Sebelum kita membahaskan lebih lanjut tentang rukun iman, marilah kita pelajari tentang pengertian hukum dalam ilmu Tauhid. Kerana setiap undang-undang ada hukum.

Apa itu hukum ? Hukum ialah menentukan sesuatu sifat atau rupa kepada sesuatu benda atau perbuatan atau lainnya.

Untuk lebih jelas, mari kita lihat contoh ini.

Cth 1. : Pisau ini tajam. Maka "pisau" adalah benda atau zat, dan hukum kepada benda (pisau) adalah "tajam".

Cth 2. : Berlari dengan laju. Maka "berlari" adalah perbuatan, dan hukum kepada berlari adalah "laju".

Ada berapa hukum di dalam Ilmu Tauhid ? Dalam ilmu Tauhid, hukum terbahagi kepada tiga :

1. Wajib
2. Mustahil
3. Mumkin

Apa erti WAJIB dalam ilmu Tauhid ? Wajib dalam ilmu Tauhid bererti, akal menentukan dan menghukumkan bahawa sesuatu itu tidak boleh tidak, mestilah begitu. Hukum wajib dalam Ilmu Tauhid ini ditentukan oleh akal dengan serta merta tanpa memerlukan penyelidikan dan dalil. Contohnya :

Cth 1 : RM 100 adalah lebih banyak dari RM 50. (Ertinya akal atau logik kita dapat mengetahui dan menentukan atau menghukumkan, RM 100 adalah lebih banyak dari RM 50. Tidak boleh tidak.)

Cth 2 : Seorang ayah lebih tua dari dari anaknya. (Ertinya akal tahu sememangnya seorang ayah wajib lebih tua dari si anak)

Dan ada pula hukum wajib yang dapat ditentukan dengan memerlukan penyelidikan yang rapi dan cukup kuat. Contohnya :

Cth 1 : Bumi ini bulat. sebelum akal dapat menentukan bumi ini bulat, dan menghukumkannya (mennetukannya) bulat, penyelidikan dan bukti perlu ada.

Cth 2 : Demikian juga jika akal kita menghukum "Tuhan wajib ada" hukum itu adalah hasil penyelidikan yang rapi yang menunjukkan kewujudan Tuhan adalah wajib ada. Di sokong dengan dalil-dalil bersumber Al Quran.

Apa erti MUSTAHIL dalam Ilmu Tauhid ? Erti MUSTAHIL dalam ilmu Tauhid adalah pengertian yang sebaliknya kepada pengertian WAJIB dalam ilmu Tauhid. MUSTAHIL dalam ilmu Tauhid bererti, akal tidak boleh menentukan dan tidak boleh menghukumkan bahawa sesuatu itu begitu. Hukum mustahil dalam Ilmu Tauhid ini ditentukan oleh akal dengan serta merta tanpa memerlukan penyelidikan dan dalil. Contohnya :

Cth 1 : Mustahil RM 50 lebih dari RM 100.

Cth 2 : Mustahil si ayah lebih muda dari si anak.

Akal tidak boleh menerima dan tidak boleh bersetuju RM 50 lebih banyak dari RM 100. Juga akal tidak boleh menerima dan tidak boleh bersetuju serta menghukumkan , si ayah lebih muda dari si anak.

Sebagaimana hukum WAJIB dalam Ilmu Tauhid, hukum MUSTAHIL juga ada yang ditentukan dengan memerlukan penyelidikan yang rapi dan cukup kuat. Contohnya :

Cth 1 : Mustahil bumi ini tiga segi. Sebelum akal dapat menghukum bahawa mustahil bumi ini segi tiga, perkara tersebut hendaklah diselidik dengan rapi dan berhajatkan dalil.

Cth 2 : Mustahil Tuhan boleh mati. Sebelum akal dapat menghukum bahawa mustahil Tuhan boleh mati dan dibunuh sebagaimana kepercayaan Kristian terhadap Jesus, maka perkara tersebut hendaklah diselidik dan berhajatkan dalil.

Apa erti MUMKIN PADA AKAL dalam ilmu Tauhid ? Mumkin Pada Akal dalam ilmu Tauhid ertinya ialah akal kita dapat menentukan atau menghukumkan bahawa sesuatu benda atau sesuatu zat itu boleh berkeadaan tertentu atau boleh pula berkeadaan tidak begitu. CONTOHNYA :

Cth 1 : Penyakit Si Polan, mumkin sembuh dan mumkin tidak sembuh. Si Polan adalah zat. Sembuh atau tidak adalah hukum mumkin. Hukum Mumkin disini, tidak memerlukan kajian atau berkehendakkan hujjah atau dalil.

Cth 2 : Bila langit mendung, mumkin hujan turun lebat mumkin hujan turun renyai-renyai, mumkin tidak turun hujan. Langit mendung dan hujan adalah zat, sementara lebat, renyai atau tidak turun hujan adalah hukum mumkin.

Seperti hukum Wajib dan Mustahil, MUMKIN juga adakalanya memerlukan bukti atau dalil. Contohnya :

Cth 1 : Manusia mumkin hidup beratus tahun tanpa makan dan minum. Seperti kisah Ashabul Kahfi yang dipaparkan dalam surah Al Kahfi. Ianya adalah MUMKIN yang memerlukan dalil.

Cth 2 : Singgahsana Istana dan takhta mumkin dipindahkan dengan sekelip mata ke jarak ribuan kilometer. Seperti kisah Wazir Nabi Sulaiman AS memindahkan istana Ratu Balqis dari Yaman ke negara Palestine. Kisah ini memerlukan dalil dalam AL Quran Surah An Naml ayat ke 40.

Dalam ilmu Tauhid disebut MUMKIN, tetapi diubah kepada istilah MUNGKIN oleh orang Melayu kita

..........BERSAMBUNG.........

Wednesday, March 4, 2009

Kaedah Menemui Kekasih




Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu
Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun
Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan
Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu…
Oh Tuhan
Kasih sayang-Mu Tuhan Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..
@@@@@@@@@@@@

Waktu aku kecil, aku masih ingat yang abang ku pernah mengambil upah untuk menggali liang lahad setiap kali dia cuti sekolah dan tidak berada di asrama. Setiap kali ada kematian, orang kampung akan mencari sama ada Pak Uda .... atau .... abang aku. Tetapi orang kampung lebih suka menggunakan perkhidmatan abang aku .... sebab .... abang aku tak menetapkan nilai upah. Berapa nak kasi, kasi ajelaaa. Kengkadang orang tak beri upah langsung. Dan satu lagi antara sebab orang kampung suka perkhidmatan abang aku ... sebab kerja dia menggali liang lahad cukup cepat dan pantas berbanding kerja Pak Uda. Antara rahsia kepantasan kerja abang aku menggali liang ..... sebab adik2nya menolong menggali bersama.

Bila bercerita tentang kubur .... apa yang dapat dibayangkan ialah ... kematian ... mayat .... kesugulan .... perpisahan antara yang hidup dan yang mati .... dan ... tak kurang juga orang melayu kita akan menghubungkaitkan dengan HANTU.

Amat jarang di antara kita ini, membayangkan kubur itu sebagai jalan penghubung untuk menemui KEKASIH. Iaitu Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang.

Sebab apa ?

Sebab kita banyak menyandarkan kasih, sayang dan cinta kita kepada makhluk. lebih malang, makhluk tempat sandaran cinta kita itu BUKANLAH seorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya.

Coretan merapu aku kali ini ... aku nak menceritakan rahsia-rahsia alam kubur seperti yang pernah diceritakan oleh arwah atok aku. Sengaja aku pilih tajuk KAEDAH MENEMUI KEKASIH, kerana kematian adalah jambatan yang menghubungkan setiap insan dengan kekasihnya iaitu ALLAH SWT.

Dulu di kampung ... sewaktu aku dalam usia belasan tahun (sebelum SRP) ... pernah seorang lelaki orang Kampung Seberang Kastam mati .... Selepas mayatnya dikebumikan, pada malamnya ibunya datang menemui datuk ku dan menceritakan yang dia terdengar anaknya yang mati meraung minta tolong dari kubur. Yang peliknya, hanya si ibu yang mendengarnya. Si ibu pula amat takut untuk melihat dan menziarahi kubur anaknya. Setelah satu sessi soal jawab dilakukan antara atok aku dan si ibu, barulah diketahui yang lelaki tersebut banyak melakukan dosa dan kemungkaran. Antaranya :

1. Tak solat
2. Tak puasa
3. Minum arak
4. Bapak ayam
5. Zina
6. Derhaka kepada ibu dan bapanya.
7. Samseng

Dan aku pernah mengikut arwah atok aku menziarahi ke maqam ayah kepada Almarhum Sheikh Muhammad Fadlullah Suhaimi. Sheikh Muhammad Fadlullah Suhaimi adalah Pengasas Maahad Muhammadi, Kota Baru Kelantan. Maahad Muhamamdi di Kota Baru, masih lagi tertegak dan menjadi salah sebuah sekolah yang berwibawa di Kelantan. Ayah kepada Sheikh Muhammad Fadlullah Suhaimi ialah Sheikh Muhammad Abdullah As Suhaime Ba Syaiban dan dia adalah seorang wali Allah besar di Tanah Melayu. Nama dan ajarannya banyak di quote dalam kitab2 Tauhid antaranya Risalah Tauhid dan Faridah Al Faraid, juga diquote dalam kitab Feqah antaranya Matlaal Badrin dan Tasauf antaranya Siiras Salikin dan Jauhar Al Mauhub. Maqamnya terletak di Kampung Teluk Pulai, Kelang. Malah nama aku yang diberikan oleh atok aku adalah sempena nama keluarga wali Allah tersebut. Setibanya aku ke maqam tersebut, aku dapat mencium keharuman bunga-bungaan. Terasa ketenangan, aman dan damai. Aku sendiri menitiskan air mata ku di maqam tersebut kerana ... entah aku pun tak tahu apesal .....

Telah ku bentangkan dua scenario ... scenario pertama, kubur seorang lelaki ahli maksiat, yang menjadi tempat azab lelaki tersebut. Malah kuburnya menjadikan kaum keluarganya sendiri takut untuk berziarah.

Scenario kedua, kubur seorang wali Allah yang dapat dirasai keamanan dan ketenangan walau jasadnya tiada didepan mata. Walau yang menziarahinya tidak pernah bertemu mata dengan yang berada didalam pusara.

Aku pernah mendengar cerita Israk & Mikraj .... tentang Rasulullah SAW bertemu dengan para Nabi2 sedang beribadah di dalam pusara mereka sewaktu Rasulullah. Sewaktu Israk & Mikraj juga Rasulullah SAW melihat orang-orang yang banyak melakukan dosa di azab di dalam kubur. Lantas aku bertanya kepada atok aku :

Aku : Apakah kubur ini tempat pembalasan ?

Atok aku menjawab : Setiap manusia akan menempuh empat alam. Alam rahim, Alam Dunia. Alam barzakh dan Alam Darul Qarar (Hari Pembalasan Yaang Hakiki)

Alam rahim, alam kita dikandungkan oleh si ibu. Selama 9 bulan kita berada di rahim ibu. Dalam keadaan yang sempit, gelap, sunyi. Si ibu walau tahu, tatkala tiba harinya untuk melahirkan, nyawanya bisa melayang. Namun demi kasih sayang seorang ibu kepada anak yang bakal dilahirkannya, dilayan kandungannya dengan baik selama 9 bulan. Malah si ibu masih bisa tersebyum apabila hari kelahiran anaknya semakin hampir. Dan tatkala tiba saat kelahiran, bertarung nyawalah si ibu demi melihat anaknya dilahirkan dengan selamat. Kesusahan sewaktu kehamilan 9 bulan dilupakan. Kesakitan melahirkan dijadikan alat untuk berhibur. Berhibur kerana lahir anaknya dengan harapan menjadi insan yang berguna kepada agama. Teriakan tangis kelahiran si anak, disambut dengan senyuman di wajah ibu. Si Ayah mengazankan di telinga kanan anak dengan nada yang sayu terharu. Di iqamahkan pula di telinga kiri si anak agar besarnya anak itu nanti menjadi penyejuk hati buat ibu dan bapanya. Lantas ditalqinkan si anak dengan surah Al Qadr dan surah Al Ikhlas agar terhindar si anak dari gangguan Ummu As Syibyan (nama jin yang sentiasa mengganggu anak2 ketika tidur malam).

Lahirnya anak ke alam dunia. Maka bermulalah tanggungjawab ibu dan ayah, mendidik dan membesarkannya dengan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Agar besarnya anak itu nanti mampu menjalankan tanggungjawabnya untuk menghubungkan diri dengan Allah serta berbakti kepada masyarakat. Setelah mencapai usia baligh, maka bersendirianlah si anak untuk mencatur hala tuju hidupnya berpandukan bekalan ilmu yang dididik oleh ayah dan ibu. Berkeluargalah si anak. Alam dunia tempat bagi si anak membuat persiapan untuk kembali ke negara asalnya iaitu ke akhirat. Dunia adalah ladang akhirat. Bercucuk tanam di dunia, hasil tanamannya dituai di akhirat. Andainya yang ditanam, buah yang manis, maka tuaiannya di akhirat adalah hasilan yang manis. Andainya yang ditanam di dunia pohon berduri yang pahit, maka hasil tuainnya nanti juga menjanjikan perjalanan yang pahit dan berdurti. Di alam inilah tempat si anak berusaha untuk mengumpulkan amal kebajikan atau pun amal kejahatan. Dan setelah sampai ketentuan Allah, kembalilah anak mengadap Allah. Bertukarlah alamnya dari alam dunia ke alam barzakh.

Alam barzakh ... alam kubur ... alam menjadi jambatan penghubung antara alam dunia dan alam akhirat. Walaupun alam kubur atau alam barzakh BUKANLAH alam akhirat, namun pembalasan yang baik atau buruk dapat digambarkan dan dirasai bila sudah di alam barzakh. MALAH sesetengah peristiwa ... pembalasan yang bakal diterima di akhirat, Allah datangkan sewaktu di dunia lagi. Cuma bezanya, pembalasan di dunia didatangkan sebagai peringatan dari Allah agar segera bertaubat sebelum terlambat. Inilah kasih sayang Allah. Namun pembalasan di alam barzakh, merupakan muqaddimah kepada pembalasan yang kekal abadi di akhirat. Dan akhirat hanya mempunyai dua tempat perhentian, sama ada ke syurga atau pun ke neraka. Jadi bayangan balasan di akhirat dapat diketahui dengan keadaan di alam barzakh.

Begitu juga sewaktu hidup di dunia. Walaupun kita tak tahu sama ada seseorang itu akan masuk ke syurga atau ke neraka ... TETAPI ... secara ilmiah, berdasarkan ilmu yang disabdakan oleh Nabi SAW dalam hadis baginda, kita boleh tahu sama ada seseorang itu ke neraka kah atau pun ke syurga.

Setelah sangkakala ditiup oleh Malaikat Israfil, bermulalah alam akhirat. Hari pembalasan. Kesmua umat manusia dari Nabi Adam AS hinggalah ke manusia yang terakhir hidup di dunia ini dihimpunkan di Padang Mahsyar. Di mana amalan mereka didunia dihisab. Apakah banyak pahala atau pun banyak dosa. Maka jika menerima suratan hisab di tangan kanan, berbahagialah dirinya. Jika menerima suratan hisab di tangan kiri, menderitalah di akhirat dengan azab yang kekal abadi.

Nabi SAW pernah bersabda :

Kubur itu satu kebun daripada beberapa kebun syurga atau satu lubang daripada beberapa lubang neraka.

Andainya baik amalan insan di dunia, maka kubur menjadi taman syurga baginya. Andainya buruk amalan insan di dunia, maka jadilah kubur sebagai salah satu lubang dari lubang neraka.

Sewaktu mak sedara aku kembali ke rahmatullah tempohari, aku agak terkilan. terkilan kerana dia menghembuskan nafasnya tanpa aku ada disisinya sedangkan aku lebih dimanjakannya berbanding anak2nya walau aku hanyalah anak susuannya. Aku juga terkilan kerana aku tidak turut sama menguruskan jenazahnya. Aku juga terkilan kerana tidak berada di dalam liang lahad untuk menyambut jasadnya sedangkan sepupu ku yang cacat pun mampu berada didalamnya. Aku juga terkilan kerana aku penyebab dukacitanya. Walaupun ajal dan mautnya sudah menjadi ketentuan dari Allah. Tapi TAK SALAH kita menyesali asbab kepada kematiannya agar ianya menjadi iktibar kepada kita. Sebagaimana hadis Nabi SAW :




Memadailah mati itu pengajaran.

Ko orang tahu tak ? Saat2 ajal menjelma ... datang empat malaikat dan berseru kepada orang yang sudah nazak dengan beberapa seruan :

Malaikat Pertama : Salam sejahtera wahai Abdullah, telah puas aku berulang dari masyrik (barat) dan maghrib (timur), namun tidak aku temui satu langkah pun untuk engkau melangkah.

Malaikat Kedua : Salam sejahtera wahai Abdullah, telah puas aku cari kepada segala sungai dan lautan di dunia ini, namun tidak aku temui walau seteguk minuman untuk kau minum.

Malaikat Ketiga : Salam sejahtera wahai Abdullah, telah puas aku berulang dari masyrik (barat) dan maghrib (timur), namun tidak aku temui walau satu suapan untuk kau makan.

Malaikat Keempat : Salam sejahtera wahai Abdullah, telah puas aku berulang dari masyrik (barat) dan maghrib (timur), namun tidak aku temui walau satu nafas untuk kau bernafas dengannya.

Agak2nya begitulah seruan yang diterima oleh mak sedara ku.

Kemudian hadirlah Izrail dan mencabut nyawanya. Andainya manusia tersebut seorang yang abid dan soleh, maka dicabut nyawanya dengan perlahan2 dan aman damai. Andainya manusia itu seorang yang fasiq dan ahli maksiat, maka direntap nyawanya dengan kasar oleh Izrail agar keperitan sakaratul maut terasa bagaikan libasan ribuan pedang menetak daging tubuh.

Ada hadis yang menyatakan antara sebab yang membawa kepada kematian yang buruk ialah :

1. Mempermudah2kan solat dan meringan-ringankannya. Nak solat boleh tak mo solat pun boleh. Kerja, sukan, rekreasi, kawan2, hiburan dan hal2 dunia lebih diutamakan dari solat.
2. Minum arak
3. Menderhaka kepada dua ibu bapa
4. Menyakiti akan orang Muslim

Apabila matinya anak Adam, maka terputuslah amalnya. Waktu itu tidak berguna lagi wang berjuta. Tiada makna rumah banglo mewah. Tidak berguna kecantikan dan ketampanan. Melainkan .... sedeqah jariyah .... ilmu yang bermanfaat .... dan .... anak yang soleh.

Matinya anak Adam, maka berkatalah si mati kepada orang yang tinggal sewaktu kerandanya diusung tiga langkah meninggalkan rumahnya : Wahai saudara ku dan orang yang mengusung ku, JANGAN TERTIPU dengan pesona kehidupan dunia yang sementara seperti diri ku tertipu olehnya.

Dan setelah keranda diusung ke perkuburan, dan setelah jasad disemadikan ... maka bermulalah alam kubur bagi si mati.

Andainya soleh dan makruf amalannya di dunia, maka jadilah pusaranya bagai taman syurga. Merasa aman dan bahagia di alam kubur. Nabi SAW pernah bersabda :

Tiga orang yang dipeliharakan mereka oleh Allah dari siksa kubur ialah .... orang yang mati syahid ... tukang azan .... dan ... orang yang mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat.

Maka bertuahlah kepada mereka yang menjadi tukang azan.

Andainya fasad dan mungkar amalannya di dunia, maka malanglah nasibnya kerana kuburnya menjadi salah satu lubang neraka. Ada hadis yang menyebut tentang 10 orang yang dimurka oleh Allah dan menerima azab sejak masuk ke kubur. Dan bila hari pembalasan Allah menghalau mereka ke neraka. Sepuluh golongan itu ialah :

1. Orang tua yang berzina
2. Imam (pemimpin) yang memimpin ke arah kesesatan dan mungkar
3. Orang yang minum arak
4. Orang yang derhaka kepada ibu bapa
5. Orang yang menemui orang ramai sambil mengadu-ngadu (gossip) dan melaga2kan orang
6. Menjadi saksi dusta
7. Orang yang tidak membayar zakat
8. Orang yang makan riba
9. Orang yang zalim
10. Orang yang meninggalkan solat.

Begitulah yang telah Allah tetapkan. Walau kita tidak tahu, untung nasib kita di alam barzakh dan alam akhirat. Namun melalui hadis2 Nabi SAW, secara ilmiah berdasarkan amal perbuatan kita didunia ini, kita mampu mengetahui untung nasib kita di alam barzakh dan alam akhirat. Sama ada berbahagiakah atau menemui celakakah di alam yang baru sana.

Fikir-fikirkanler mudah-mudahan kita beroleh keinsafan.

Friday, February 27, 2009

Nazam Usuluddin

Muga-muga Allah, Tuhan kami, sejahterakanlah cahaya yang nyata,
Ahmad yang terpilih, penghulu sekelian pesuruh-pesuruh Allah,
Dan sejahterakanlah juga keluarga dan sahabat-sahabatnya.

Sifat yang wajib bagi Allah
wujud, sedia, kekal, berlainan dari segala yang lain,
cukup dengan sendirinya, tunggal, berkuasa,
berkehendak, mengetahui, hidup, mendengar,
melihat, berkata-kata,

Dan keadaan NYA berkuasa, berkehendak,
dan keadaan NYA mengetahui, hidup, mendengar,
dan juga keadaan NYA melihat, berkata-kata.

Lawan kepada sifat tadi dua puluh jua,
Iaitu sifat-sifat kekurangan yang mustahil bagi Allah

Tiada, ada permulaan, lenyap atau hapus,
menyamai makhluk NYA ( Maha Suci Allah)
Tidak cukup dengan sendirinya, berbilangan,
Serta pula DIA lemah membuat makhluk-makhluk
Dan musthail juga DIA kena paksa, bodoh, tuli
Ataupun DIA mati, buta dan bisu

Sifat-sifat lawan NYA yang lain juga nyata
Tidak perlu diterangkan disini

Nabi-nabi pula wajib ada sifat amanah
Bercakap benar, menyampaikan dan bijaksana

Mustahil pula Nabi-nabi itu
Khianat, dusta, menyembunyikan dan bebal

Maka demikianlah sifat-sifat yang tersebut itu
Terhadap Allah dan Rasul-rasul NYA yang mulia

Nama 25 Rasul yang wajib dikenali oleh setiap muslim
Mereka itu adalah
Adam, Idris, Nuh, Hud
dan juga termasuk Saleh, Ibrahim
dan Lut, Ismail, Ishak
seterusnya Yaakub, Yusuf dan Ayub
Syua'ib, Harun, Musa dan Ilyasa'
dan juga Zulkifli, Daud dan Sulaiman
dan Ilyas, Yunus, Zakaria, Yahya dan Isa
dan akhir sekali Taha iaitu Muhammad penutup kerasulan

Muga-muga bagi mereka kesejahteraan dan keselamatan
dan bagi keluarga mereka selagi ada siang dan malam

Dan Malaikat-malaikat pula tiada ibu bapa
serta tiada ia makan atau minum atau tidur

Nama-nama sepuluh dari mereka ialah
Jibril, Mikail, Israfil, Izrail
Mungkar serta Nagkir
Raqib serta Atid
Malik dan Ridwan

Dan empat kitab-kitab dari Allah
Taurat kepada Musa
Zabur kepada Daud
Injil kepada Isa
Dan Furqan (Al Quran) kepada sebaik-baik makhluk
Muhammad Khatamun Mursalin

Selain itu ada kitab-kitab kepada lain-lain Nabi
Di dalamnya kalam Allah yang adil dan mengetahui

Begitulah antara terjemahan nazam ke dalam bahasa melayu yang sering dikumandangkan setiap kali kuliah tauhid akan bermula di pondok arwah datuk ku. Nazam inilah juga yang sering disenandungkan setiap malam Isnin & malam Jumaat setelah selesai membaca mawlidur rasul buat penyubur jiwa dalam perjuangan. Dan inilah juga nazam yang selalu dilafazkan oleh ibu ku sewaktu mendodoikan anak-anaknya di dalam buaian.

Aku masih ingat, kata-kata arwah datuk ku kepada ibu ku, sewaktu berhadapan musibah, ayah ku yang tidak pulang-pulang ke rumah sejak pergi ke laut.

" Kalau Allah tidak menimpakan musibah, tentu kau tak ada peluang nak dapat pahala sabar dan redha. Jangan sampai Tauhid kita dengan Allah cacat disebabkan musibah yang menjanjikan pahala sabar dan redha "

Dan nazam inilah yang dilafazkan ibu dengan nada yang sayu sewaktu mendodoi adik ku sambil menerima ketentuan Allah dengan sabar dan redha bersama linangan air mata. Mungkin harapan ibu sewaktu mendodoikan anaknya sambil bernazam, muga-muga anak-anaknya akan memiliki kekuatan tauhid yang lebih hebat darinya bagi berhadapan cabaran dan rintangan hari muka.

Adapun sifat-sifat Allah yang wajib diketahui oleh setiap muslim beserta dalil-dalilnya ialah 20 sifat yang wajib bagi Allah, 20 sifat yang mustahil bagi Allah dan satu sifat yang harus bagi Allah.

20 Sifat yang wajib bagi Allah ialah :

1-Wujud = ada
2-Qidam = sedia
3-Baqa = kekal
4-Mukhalafatuhu Lil Hawadith = bersalahan Allah daripada yang baharu
5-Qiyamuhu Binafsihi = berdiri Allah Taa'la dengan sendirinya
6-Wahdaniyyah = Esa
7-Kudrah = berkuasa
8-Iradah = berkehendak
9-Ilmu = mengetahui
10-Hayat = hidup
11-Sama' = mendengar
12-Basar = melihat
13-Kalam = berkata-kata
14-Kaunuhu Qadiran = keadaan Allah Taa'la yang berkuasa
15-Kaunuhu Muridan = keadaan Allah Taa'la yang berkehendak
16-Kaunuhu A'liman = keadaan Allah Taa'la yang mengetahui
17-Kaunuhu Hayyan = keadaan Allah Taa'la yang Hidup
18-Kaunuhu Sami'an = keadaan Allah Taa'la yang mendengar
19-Kaunuhu Basiran = keadaan Allah Taa'la yang melihat
20-Kaunuhu Mutakalliman = keadaan Allah Taa'la yang berkata-kata

Sifat yang mustahil bagi Allah ialah sifat yang berlawanan dengan sifat yang wajib bagi Allah :

20 Sifat yang mustahil bagi Allah pula ialah :

1-'Adam (tiada)
2-Huduts (ada yang mendahului)
3-Fana (berakhir)
4-Mumatsalatu lil hawaditsi (ada yang menyamai)
5-Ihtiyaju lighairihi (memerlukan yang lain)
6-Ta'adud (berbilang)
7-'Ajzun (lemah)
8-Karahah (terpaksa)
9-Jahlun (bodoh)
10-Mautun (mati)
11-Shamamun (tuli)
12-'Ama (buta)
13-Bakamun (bisu)
14-Kaunuhu 'ajiyan (zat yang lemah)
15-Kaunuhu karihan (zat yang terpaksa)
16-Kaunuhu jahilan (zat yang sangat bodoh)
17-Mayyitan (zat yang mati)
18-Kaunuhu ashamma (zat yang tuli)
19-Kaunuhu 'ama (zat yang buta)
20-Kaunuhu abkama (zat yang bisu)

Sifat yang harus bagi Allah SWT hanyalah satu iaitu membuat tiap-tiap yang mumkin/mumkinat atau tidak membuatnya.

Apa makna mumkin dan mumkinat di sini ? Ertinya tiap-tiap sesuatu yang dilakukan oleh Allah SWT atau tidak mahu dilakukan oleh Allah SWT.

Untuk senang difahami saya berikan beberapa contoh :

Cth 1 : Syafie di Afrika Selatan seorang yang bijak, tetapi Ahmad Nafsu di England seorang yang jumud. Siapa yang jadikan Syafie bijak ? Jawapannya Allah SWT. Siapa pula yang jadikan Ahmad Nafsu jumud ? Jawapannya Allah SWT juga. Jadi harus bagi Allah mencipta sesuatu bijak dan tidak mencipta sesuatu menjadi bijak ( jumud ) . Terpulang kepada Allah SWT.

Cth 2 : Mat Kilau hidup sehingga berumur 120 tahun. JWW Birch hidup sehingga umur 42 tahun. HARUS bagi Allah memanjangkan umur Mat Kilau, dan harus bagi Allah memendekkan umur JWW Birch. Harus bagi Allah SWT mencipta sesuatu dan tidak mencipta sesuatu.

Keseluruhan 20 sifat yang wajib bagi Allah, 20 sifat yang mustahil bagi Allah dan satu sifat yang harus bagi Allah WAJIB atas setiap muslim yang berakal mempelajari dan memahami serta meyakini secara tafsil.

Apa erti tafsil ? Ertinya ialah secara detail secara satu persatu beserta huraiannya dan dalil-dalilnya satu persatu, agar benar-benar faham dan yakin.

Walaubagaimanapun, mendatangkan dalil aqli dan naqli cukup secara ijmal.

Apa erti ijmal ? Iaitu secara ringkas, dengan syarat wajiblah ianya beriman dengan sesungguh hati.

Untuk mendatangkan dalil secara ijmal, cukup mudah. Tetapi untuk memahami hendaklah secara tafsil kerana tanpa huraian yang jelas dan teliti, sifat-sifat tersebut boleh disalah ertikan. Akibat dari penyalahertian, maka lahirlah fahaman mujassimah yang menyamakan Allah dengan makhluk.

InsyaAllah, kita akan cuba mengupas sedikit demi sedikit sifat-sifat tersebut satu persatu.

Dengan Ihsan : drmatgig (Mat Besut in Melbourne)

Thursday, February 26, 2009

Rahsia Melafazkan Kata Cinta Kepada Kekasih



Desiran angin yang bertiup
Membawa bersama khabaran rindu
Membisikkan kata-kata
Menjelmakan cintaku padanya
Cintamu tulus setia
Kasihmu tiada tara
Bertakhta buat selamanya
Di tugu kasih dan sayang
Kau ukirkan keimanan
Moga bertemu keredhaan
Gemilang cahaya cinta
Kemilau pancawarnanya
Bagaikan kejora
Kudus sinarannya mendamai jiwa
Apakah kan ku temui
Insan semulia pekerti
Setandingmu kasih
Di alam semesta yang fana ini
Ku serahkan kepada Tuhan
Sebuah harapan bernama doa
Membisikkan kata-kata
Menjelmakan rinduku padanya
Kepadanya...
Semoga kan menyala api cinta setia
Terus membara selamanya
Cahaya cinta kekasih Allah
Sinarannya buat semua

@@@@@@@@@@

Kadang-kadang aku terfikir .... lecture tak ada ..... assignment tak ada ..... kerja tak ada ....

JADI ....

mengapa kita buat gossip dan memburuk-burukkan orang ? ... mengapa kita tak berselawat ? ....

BAHKAN ....

andainya .... ada lecture .... ada assignment ... ada kerja ....

kita MASIH BOLEH BERSELAWAT ...

Dulu sewaktu kecil ku, aku pernah memukul sekumpulan anak-anak orang kaya kerana menghina abang ku. Hasilnya, aku di bedal dan di belasah oleh ayah ku kerana sikap buruk ku itu hanya menyusahkan keluarga ku.

Kemudian, aku rasa cukup sedih, sebab hasil tindakan ku, ayah ku sukar untuk meminjam wang dari orang kaya terutama dari pemborong ikan di kampung ku.

Abang ku sukar untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana tak cukup wang. Keluarga ku dihina orang kerana memiliki "samseng" dalam keluarga.

TAPI ....

Arwah datuk ku sabar mendidik aku. Di pujuknya aku. Dibawa aku ke laut untuk mencandat sotong waktu langit malam gelap pekat tanpa bulan dan bintang, hanya berbekalkan lampu gasoline dan kabaid. Kemudian arwah datuk ku mengijazahkan aku selawat tujuh lagu di tengah Laut Cina Selatan. Katanya ... "kesedihan kamu tidak akan hilang dengan selawat itu .... TETAPI .... kamu akan rasa terhibur dengan kesedihan dan kedukaan" .... Lalu aku amalkan, dan BENAR. Aku sentiasa di rundung kesedihan dan kedukaan ... cuma aku rasa terhibur ... bukan itu saja ... banyak juga kelebihan yang aku alami ...

SELAWAT ADALAH LAFAZ CINTA DARI SEORANG KEKASIH UNTUK KEKASIHNYA.

Cintakah kau pada Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib SAW ?

Kalau kau mencintai baginda, mengapakah kau tidak melafazkan kalimat cinta padanya ?

Bila seseorang sedang bercinta dan berkasih ... puisi-puisi cinta dan syair indah menghiasi sanubarinya. Walau perit dan derita menanggung rindu, namun puisi dan syair cinta itulah yang menjadi penawar dan ubat penyakit rindu dan kasih.

NAHHH ....

Buktikanlah bahawa engkau merindui dan mengasihi Rasulullah SAW.

Tidak sia-sia engkau melafazkan kata kasih buat Rasulullah SAW kerana kasih dan cinta mu pada Rasulullah SAW pasti berbalas dan tidak mengecewakan.

Malah, selawat merupakan suatu 'perniagaan" yang menguntungkan.

Mana tidaknya, engkay berselawat ke atas Rasulullah SAW sekali ... TAPI, ALLAH membalas selawat ke atas diri mu 10 kali. TAK UNTUNGKAH ? Macamlah engkau berniaga bermodalkan RM 1, on the spot engkau mendapat untung RM10.

Kemudian, yang selawat untuk engkau pula bukannya balakz atau awekz yang entah dari mana datangnya, sebaliknya ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG LAGI MAHA PENYAYANG.

Selawat ni apa ?

Selawat ialah mengucapkan selamat dan salam sejahtera kepada Nabi SAW.

Dan selawat ke atas Nabi SAW adalah kunci utama kepada makbulnya doa.

Ada hadis yang menyatakan. Doa untuk diterima, kena melepasi tujuh langit. Antara satu langit dengan satu langit, ujudnya hijab yang menghalang doa dari dimakbulkan. Untuk menghapuskan hijab itu ialah dengan selawat ke atas Nabi SAW.

Ada hadis yang berbunyi :

Barangsiapa selawat ke atas ku pada satu hari sebanyak 100 kali, ditunaikan Allah ta'ala baginya 100 hajat. 70 hajat di akhirat dan 30 hajat di dunia.

Sekali kita berselawat ke atas Nabi SAW, 10 kali Allah berselawat ke atas kita dan 20 kali kita diselawatkan oleh 70,000 malaikat. .... BESTkan ?

Bukan itu saja ... antara kelebihan selawat ialah ;
1. Dipermudahkan rasa dukacitanya
2. Dihindarkan mudarat atasnya
3. Diluaskan rezekinya
4. Dibukakan seluas-luasnya pintu kebajikan bagi memudahkannya membuat kebajikan
5. Ditutupkan pintu godaan yang boleh menjerumuskannya kepada kebinasaan
6. Dicampakkannya kasih sayang segala hati manusia
7. Dimustajabkan doanya terutamanya dibaca 41 kali selepas selesai solat Subuh
8. Andai dibaca selawat sebanyak 313 kali sebanyak bilangan tentera Badar, jika pergi berperang akan tercapai salah satu hasil iaitu kemenangan atau syahid. Andai dia tidak pergi berperang, Allah akan membuka tabir hijab pandangannya dan dia akan melihat apa saja rahsia yang dia kehendaki.

Jadi gunalah masa yang terluang untuk berselawat. Tinggalkanlah amalan melaga-lagakan orang, memburuk-burukkan orang, menggosip orang.

Gantilah dengan selawat ke atas Nabi SAW.

Antara selawat yang mahsyur ialah Selawat Sidi Ahmad Al Badawi (sila lihat attachment)Inilah selawat masyhur yang dinisbahkan kepada Wali Quthub Sidi Ahmad a-Badawi q.s. Tok Syaikh Wan 'Ali Kutan al-Kelantani rhm. dalam kitabnya Jauharul Al Mauhub halaman 29 menulis, antara fadhilat sholawat ini seperti berikut:-

Telah menyebut kebanyakan daripada orang yang 'arifin bahawasanya selawat ini telah mujarrab bagi menunaikan segala hajat dan membukakan bagi segala dukacita dan menolakkan segala bala` dan menghasilkan segala anwar dan asrar. Dibacakan dia tiap-tiap hari 100 kali.

Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani rhm. dalam "Afdhalush Sholawat" juga membuat nukilan sebagaimana di atas daripada Sidi Ahmad Zaini Dahlan rhm. dengan sedikit tambahan, iaitu:-

.....bahkan selawat ini mujarrab untuk segala sesuatu dan bilangan wiridannya ialah 100 kali setiap hari. Sewajarnya para muridin memulakan suluk mereka dengan shighah selawat ini .....

Sebahagian ulama, termasuklah Kiyai Agung Muhammad bin Abdullah as-Suhaimi BaSyaiban, telah memasukkan ucapan salam dengan menambahkan kalimah "sallim" dalam selawat tersebut, dan shighah inilah yang biasa kita dengar kerana telah dipopularkan dengan irama yang mendayu menusuk qalbu.

Bagi yang suka beramal silalah, sesiapa yang tidak suka, maka janganlah membuat dosa mengeji dan mencaci orang yang membaca selawat ke atas Nabi yang ummi yang menjadi nur segala anwar dan penyuluh umat dalam kegelapan. Terjemahan Selawat Badawi adalah seperti berikut :

Ya Allah,
limpahkan selawat dan salam kesejahteraan
Atas nur (cahaya) segala nur
Sir (rahsia) segala sir
Ubat segala penyakit
Pembuka pintu kesenangan
Junjungan Maulana Muhammad yang terpilih
Bersama ahli keluarga baginda yang suci bersih
Dan para sahabat baginda yang baik berbudi
Selawat dan salam sebanyak bilangan nikmat Allah dan kelebihanNya.


Anda bersedih ?
Anda ada hajat ?
Anda inginkan pimpinan ?
Anda ingin terhibur ?

AYUH ... AMALKANLAH SELAWAT ... SUBURKANLAH KECINTAAN PADA KEKASIH MU, RASULULLAH SAW

Cinta itu
cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula
cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia
biarpun sengsara
berkorban segala-gala
semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang
begitulah cinta yang diidamkan
tanpa nafsu yang mencemarkan
dan jangan kita pula
kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula
kerana bercinta tergadai semua maruah agama
cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara
hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketaqwaan .......

Salam Mawlidur Rasul 1430

Tuesday, February 17, 2009

Al Fatihah

Dengan menyebut nama MU ya ALLAH
Yang Maha Pengasih, Penyayang
Segala puji bagi MU ya ALLAH
Pemelihara seluruh alam raya

ENGKAUlah Maha Pengasih dan Penyayang
Yang menguasai Hari Pembalasan
Hanyalah kepada MU kami menyembah
Dan pada MU kami mohon pertolongan

Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang KAU beri nikmat
Bukan jalan mereka yang KAU murkai
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat

Saturday, January 17, 2009

Rahsia Menjadi Kaya

REZEKI, JODOH, AJAL & MAUT ?

Keempat-empat perkara tersebut telah Allah suratkan di Loh Mahfuz sejak azali ... sejak alam ini belum dicipta.

HAKIKATnya ... Janganlah kita bimbang dan khuatir tentang rezeki, jodoh, ajal dan maut. Kerana kesemuanya adalah pasti. TERPULANG kepada kita untuk mempercepatkan dan mempermudahkannya.

Bagaimana ingin mempercepatkan dan mempermudahkannya ?

Bergantung kepada usaha lahiriah mengamalkan sunnah-sunnah yang pernah Rasulullah SAW sabdakan dalam hadis baginda, sambil berdoa kepada Allah SWT.

Bila disebut tentang kekayaan ... ianya berhubung kait rapat dengan rezeki yang telah Allah tetapkan bagi kita.

Terpulang kepada kita untuk beramal dan memohon kepada Allah agar rezeki itu dimurahkan, dipermudahkan, dipercepatkan bagi kita.

Malah kengkadang .... Allah jadikan rezeki ni ujian buat kita, malah tak mustahil Allah jadikan rezeki ni sebagai bala .. itulah yang diterima oleh Karun.



Dulu sewaktu kecilnya Karun dan keluarganya hidup susah merempat, tapi akhirnya Allah murahkan rezeki dia kat dunia. Malangnya dia tak bersyukur dan menjadi musuh kepada Nabi Musa AS. Allah rezekikan dia dengan kemewahan di dunia, tetapi Allah balakan dia dengan azab kat akhirat.

Begitu juga dengan Tsa'labah salah seorang lelaki yang hidup di zaman Rasulullah SAW. Tsa'labah hidupnya susah, menderita, miskin, papa kedana ... entah apa-apa lagi istilah nak guna aku pun tak tau. Pernah dia pergi berjumpa Rasulullah SAW dan minta doakan agar dia jadi kaya. Rasulullah SAW kata kepada dia :

Seorang miskin yang sabar & redha lebih baik dari seorang kaya yang kufur.

Tapi Tsa'labah terus desak agar Rasulullah SAW mendoakannya agar dia jadi kaya. Dan setiap kali juga, Rasulullah SAW memberikan Tsa'labah nasihat yang sama :

Seorang miskin yang sabar & redha lebih baik dari seorang kaya yang kufur.

Akibat banyak sangat desakan, akhirnya Rasulullah SAW mendoakan juga Tsa'labah untuk jadi kaya.

Berkat doa Rasulullah SAW, Tsa'labah memelihara sepasang kambing. Kambing peliharaannya membiak, semakin hari semakin banyak, hingalah Tsa'labah jadi kaya. Bila semakin kaya, Tsa'labah dah malas nak ke masjid sebab sibuk mengira kambing dan keuntungan hasil jualan kambing. Akhirnya KAYALAH Tsa'labah.

Tetapi ...

Tsa'labah walaupun kaya, dia tak mahu mengeluarkan zakat. Zakat ternakan dia tak mahu kluar. Zakat perniagaan dia tak mahu keluarkan, zakat pendapatan dia tak mahu keluarkan, hingga zakat fitrah pun dia tak mahu keluarkan.

Akhirnya Rasulullah SAW sendiri memasukan Tsa'labah sebagai salah seorang yang kufur. Setelah kewafatan Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar juga tidak mahu menerima zakat dari Tsa'labah. Akhirnya Tsa'labah mati dalam keadaan kufur kepada Allah.

Jadi jika anda benar-benar nak jadi kaya .... TAK PAYAH pergi puja batu ..... TAK PAYAH nak pergi main nombor ekor atau berjudi .... TAPI beramallah dengan sunnah Rasulullah SAW yang antara fadilatnya ... MEMURAHKAN REZEKI dan menghindar dari kepapaan.

Antara amalan-amalan yang boleh dilakukan bagi mempercepatkan, memperbanyakkan rezeki, dimurahkan rezeki ialah ..... dengan menghindarkan perkara2 yang menyebabkan kepapaan.



Antara amalan yang menyebabkan kepapaan yang perlu kita hindarkan ialah ;

1. Tidur bertelanjang
2. Makan dan minum sewaktu dalam keadaan berhadas besar
3. Tidak mengutip makanan yang terjatuh di luar pinggan sewaktu makan.
4. Tidak menghabiskan makanan.
5. Mengeringkan anggota dengan tepi kain pakaian.
6. Membakar kulit bawang.
7. Menyapu rumah pada waktu malam dan meninggalkan sampah pada rumah.
8. Berjalan di hadapan guru.
9. Membasuh tangan dengan tanah
10. Memanggil kedua ibu bapa dengan nama keduanya
11. Meringankan sembahyang dengan melewat-lewatkan sembahyang
12. Menjahit pakaian di badan sendiri
13. Membiarkan sawang dan sarang labah-labah di rumah
14. Bersegera keluar dari masjid
15. Berpagi-pagi ke pekan dan melambatkan kembalinya.
16. Meninggalkan membasuh pinggan mangkuk bekas makanan sesudah makan.
17. Memberi fakir miskin memakan sisa-sisa makanan
18. Memadamkan pelita atau api yang menyala dengan mulut
19. Menulis dengan qalam (pen/pensil) yang tumpul atau tidak berdakwat
20. Menyisir rambut dengan sikat yang patah
21. Tidak mendoakan untuk kedua ibu bapa
22. Memakai serban ketika duduk
23. Memakai seluar ketika berdiri
24. Bakhil
25. Kedekut dalam berbelanja barang keperluan
26. Boros dalam berbelanja
27. Berludah dan membuang kahak ketika sedang qadha hajat.



Berkenaan qadha hajat ini, aku ingin menambah akan apa yang dipesankan kepada ku oleh arwah atok ku. Membanyakkan berpaling-paling sewaktu qadha hajat akan menyebabkan was was. Berkata-kata ketika qadha hajat menyebabkan terdedah kepada gangguan jin. Berdiam lama di dalam tandas akan mewarisi penyakit hati, buasir. Melihat ke arah najis yang keluar menyebabkan muka menjadi kuning. Meludah kepada najis menyebabkan kuning gigi. Makan, minum dan bersugi sewaktu qadha hajat mempusakai penyakit lupa.


28. Mengerat kuku pada hari Sabtu, Ahad, Selasa dan Rabu. Dinyatakan di dalam kitab Nuzhatul Majalis akan sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda :

- Mengerat kuku pada hari Sabtu, mewarisi penyakit
- Mengerat kuku pada hari Ahad , menghilangkan berkat
- Mengerat kuku pada hari Isnin, mempusakai alim fadhil ( ilmu yang bermanfaat )
- Mengerat kuku pada hari Selasa, mempusakai kebinasaan
- Mengerat kuku pada hari Rabu, mempusakai perangai yang jahat
- Mengerat kuku pada hari Khamis, mempusakai kekayaan
- mengerat kuku pada hari Jumaat, mempusakai ilmu dan lemah lembut

Cara mengerat kuku .... Mulai dengan tangan kanan. Kemudian tangan kiri. Kemudian kaki kanan. Kemudian kaki kiri.

Tangan kanan :
1. Mulakan dengan jari kelingking
2. Kemudian jari tengah
3. Kemudian ibu jari
4. Kemudian jari manis
5. Kemudian jari telunjuk

Tangan kiri :
1. Mulakan dengan ibu jari
2. kemudian jari tengah
3. Kemudian jari kelingking
4. Kemudian jari telunjuk
5. Kemudian jari manis

Kaki kanan :
1. Mulakan dengan anak jari
2. Jari manis
3. Jari tengah
4. Jari telunjuk
5. Ibu jari

Kaki kiri :
1. Ibu jari
2. Jari telunjuk
3. Jari tengah
4. Jari manis
5. Anak jari

29. Mendedahkan aurat. Dalam kitab ada menyebut rezeki akan keluar melalui liang-liang roma aurat yang terdedah. Sebab itu kita lihat , WALAUPUN kaya, REZEKINYA MAHAL & TAK CUKUP. Ada saja masalah yang menyebabkan duit dibelanjakan. Kerana rezeki menjadi mahal kerana aurat terdedah. Sebab itu ajaran Islam MEWAJIBKAN menutup aurat.

Dalam berpakaian, ajaran Islam mensunatkan menjahit pakaian atau membeli pakaian pada hari Khamis, Jumaat dan Isnin. Tersebut di dalam kitab Hasyiatul Jamal :

- Barangsiapa menggunting baju atau membeli pakaian pada hari Sabtu, akan mempusakai penyakit selama pakaian itu dipakainya pada badan.
- membeli pakaian pada hari Ahad, mewarisi dukacita, kesusahan dan tiada berkat.
- hari Isnin, memperolehi berkat
- hari Selasa, mewarisi musibah
- hari Rabu, direzekikan dia dengan rezeki yang banyak tanpa banyak usaha
- hari Khamis, direzekikan dia dengan ilmu
- hari Jumaat, direzekikan dengan panjang umur untuk beribadat.

Andainya membeli pakaian yang menutup aurat pun ada ADAB-ADAB dan mempengaruhi gaya hidup kita sama ada penuh keberkatan atau penuh musibah, lebih lebih lagi jika melibatkan pakaian yang mendedahkan aurat.

30. Memperbanyakkan sedeqah.
31. Mengasihi anak yatim. Disunatkan mengusap kepala anak yatim dari belakang ke hadapan. Dan disunatkan mengusap kepala anak yang TAK yatim dari hadapan ke belakang.
32. Berdiri malam iaitu qiamullail iaitu solat tahajud.

NAH ...

Kepada yang ingin menjadi kaya .... amalkanlah 32 jenis sunnah yang telah ku suratkan di sini. Ianya intipati petua amalan yang KHUSUS untuk menjadi kaya.

Insya-Allah kau akan memperolehi salah satu dari tiga kekayaan.

1. Kekayaan di dunia .... atau
2. Kekayaan di akhirat ..... atau
3. Kekayaan di dunia dan akhirat

Kekayaan di dunia ... kau akan menjadi kaya harta di dunia. Dan di akhirat kau akan dipersoalkan akan kekayaan tersebut dengan hisab.

Kekayaan di akhirat, kau tidak akan memiliki kekayaan harta di dunia, tetapi hidup mu di akhirat cukup tenang, bahagia dan mencukupi dalam setiap sudut kehidupan. Tiada apa yang kurang di dunia ini. Jika ada keperluan, Allah akan datangkan rezeki sekadar keperluan, tidak berlebihan. Namun di akhirat, diperkayakan dengan amal kebajikan dan kesabaran, di kayakan dengan mahligai di syurga dan taman2 syurga yang mengalir sungai madu, sungai susu kerana kesabaran dan keredhaan.

Kekayaan di dunia dan akhirat kerana di dunia Allah keluarkan rezekinya dari sumber yang tak disangka-sangka AGAR rezeki kekayaan itu diuruskan menurut syariat Allah dengan bersedeqah dan pengorbanan harta di jalan Alah. Dan di akhirat Allah mempermudahkan hisaban dan Allah ganjarkan dengan pembalasan yang berganda2 di akhirat hasil usahanya berkorban dan bersedekah sewaktu di dunia.

Cuma satu pesan ku .... AMBILLAH REZEKI MU SEKADAR KEPERLUAN DIRIMU SEKELUARGA ... selebihnya infaqkan ke jalan Allah dan fakir miskin dan anak yatim.

Andainya ditaqdirkan, murah rezeki mu, dan engkau engkar dengan titah perintah Allah, ingin ku ingatkan bahawa pembalasan Allah juga akan dipercepatkan dan dipermudahkan

Rahsia Menjadi Pandai

Ramai orang nak jadi pandai. Ramai juga orang yang inginkan anak mereka menjadi pandai. Menjadi pandai merupakan cita-cita setiap orang terutamanya pelajar.

Pelajar ingin jadi pandai, agar setiap kali "exam" mereka akan "score A" berderet-deret.

Mak bapak pelajar juga nak anak mereka jadi pandai, supaya anak mereka score A berderet-deret.

Pernah tak antara anda semua, orang yang :

1. SRP dapat semua A1
2. SPM dapat semua A1
3. Matrikulasi dapat semua A1
4. Degree dapat Degree Kelas 1
5. Master dapat Sarjana Kelas 1
6. PhD dapat Doctorate Kelas 1

.... ?????

Pernah ke ?

Kengkadang kita tengok ... orang yang sehebat macam tu, belajar ala kadar. Baca buku main-main. Banyak buat kerja lain dari belajar.

TAPI ....

Semua exam dia score kaw kaw tahap gaban

Apa rahsianya ?

Inilah rahsianya yang tersurat di dalam sebuah kitab Al Jauhar Al Mauhub (Permata pemberian yang Indah). Kita cuma mengamalkannya. Antara yang ditulis di dalam kitab tersebut ialah punca-punca kelupaan iaitu amalan yang menyebabkan seseorang menjadi pelupa.

Dan jika dihindarkan amalan tersebut, seseorang mampu menjadi seorang yang kuat ingatan ... insya-Allah.

Oleh itu, untuk menjadi pandai dan tidak pelupa, JANGAN lah kita amalkan perbuatan berikut :

1. Melakukan maksiat. Membuat perkara yang HARAM.... sebab satu dosa yang dilakukan akan melahirkan titik hitam di hati. Bila banyak dosa, banyaklah titik hitam di hati, akhirnya nur ilmu tidak mampu menerobos ke dalam hati. Hasilnya kita jadi pelupa.

2. Banyak dosa. Bila banyak dosa, hati gelap. Sukar menerima ilmu dan sukar pula memahami ilmu. Oleh itu hendaklah menyucikan dosa dengan taubat. Maka cucilah hati mu dari daki dosa dengan istighfar dan taubat.

3. Suka cita pada jalan dunia. Iaitu berangan-angan dalam hal keduniaan. Berangan jadi kaya. Berangan hidup mewah. Berangan jadi celebrity. Etc. Sedangkan dunia itu hanyalah tipu daya semata-mata kerana dunia adalah tempat yang fana, yang tidak kekal. Ramai orang tertipu dengan keindahan dunia. Mereka sangka nikmat didunia inilah yang termanis dan terindah. Sedangkan nikmat yang sebenarnya ialah apabila sudah berada di syurga Allah di akhirat. Manusia yang leka dengan ulitan nikmat duniawi, akan menjadikan kehidupan di dunia ini sebagai tempat perhentian terakhir mereka sehingga luipa tanggung jawab beragama ke atas diri mereka. Mereka lebih suka berjemaah dalam melakukan maksiat dari berjemaah melakukan ibadat. Mereka lebih suka berjemaah melakukan fitnah dan mengumpat dari berjemaah melafazkan zikir dan selawat. Inilah pautan duniawi.

4. Banyak bimbangkan pergantungan dunia. Ramai dia antara kita cukup bimbang jika rezeki mereka terganggu. Ramai juga yang merasa khuatir jika rupa paras mereka tidak setampan/secantik manusia yang lain. Ramai juga yang khuatir dan bimbang jika gaji bulanan mereka tidak cukup untuk menjadikan hidup mereka mewah. Memperolehi rezeki yang banyak tidak salah. Memiliki rupa paras yang tampan dan cantik juga tidak salah. Begitu juga hidup mewah juga tidak salah. Yang salah ialah apabila kita terlalu bimbang sehingga kita sanggup melakukan sesuatu diluar batasan syariat. Kita bimbang rezeki kita tak cukup, maka kita mencuri. Kita bimbang rupa paras kita tidak cantik, maka kita bersolek berlebih-lebihan hingga membazir dan mendedahkan aurat. Kita bimbang kita tidak boleh hidup mewah, maka kita amalkan rasuah. Hendaklah kita berusaha sedaya upaya dalam hidup kita secara halal dan selepas itu serahlah usaha dan ikhtiar kita kepada Allah dengan bertawakal. Ingat !!! Rezeki, jodoh, ajal dan maut telah pun Allah tetapkan kepada kita sejak azali. Kita hanya perlu berusaha, berdoa dan bertawakal agar dipermudahkan dan dipercepatkan untuk memperolehinya.

5. Makan kazbarah basah. Kazbarah ni apa ? Kazbarah adalah daun ketumbar. Mengapa makan daun ketumbar basah menyebabkan lupa ? Aku pun tak tahu hehehe ... tetapi biasanya aku tengok orang yang makan daun ketumbar ni dia akan pening2 lalat macam makan kas kas.

6. Makan buah tuffah masam
. Tuffah masam ialah epal masam.

7. Melihat sesuatu dalam periuk rebusan. JANGAN kau orang rebus megi, rebus nasi, rebus tulang untuk buat sup tulang, kau orang gi jengah ke dalam periuk. Hukumnya MAKRUH.

8. Membaca suratan pada kubur. Maknanya kau membaca apa yang tertulis di batu nesan tanpa sebab.

9. Berjalan antara qithar unta. Qithar adalah membawa maksud "awan tebal sebagai petanda hujan akan turun". Maksudberjalan antara qithar unta adalah berjalan beriringan dengan bayangan kenderaan yang sesak di jalan yang sibuk.Tindakan ini walau pun teduh tetapi mengundang bahaya. CONTOHNYA .... kalau pandu kereta, ada dua lane .... anda memandu kereta atas line putih tengah-tengah. Ianya hukum makruh dan mewarisi sifat lupa.

10. Mencampak tuma hidup pada bumi

11. Berbekam di lubang tengkok

12. Memakan sesuatu yang menambahi balgham ( lendir, kahak, risa, gelema, dan entah apa2 istilah lagi ) Antara penyebab banyak balgham ialah banyak minum terutamanya minum air batu. Banyak minum adalah penyebab banyak balgham. Untuk mengurangkan balgham ialah dengan memakan roti kering. Bersugi ( berus gigi ) juga mengurangkan balgham. Termasuk perkara yang menambahkan balgham ialah meminum air sejuk/air batu. Dan yang mengurangkan balgham ialah meminum air panas.

Untuk menambah kecerdasan akal dan menguatkan ingatan. Elok diamalkan amalan berikut :

1. Bersugi
2. Berselawat 100 kali setiap kali selesai solat fardhu
3. Tuliskan ayat2 berikut pada permukaan pinggan yang putih dengan dakwat Za'faran

a. Surah Ar Rahman ( ayat 1 hingga 6)
b. Surah AL Qiyamah ( ayat 16 hingga 17 )
c. Surah Al Buruj ( ayat 21 hingga 22 )

Kemudian tulisan itu dihapuskan dengan air Zam Zam dan diminumkan air tersebut selepas dibaca 7 kali selawat kepada Rasulullah SAW. Insya-Allah akan hafaz dan kuat ingatan. Kalau diberi minum pada budak2, insya-Allah akan cepat menguasai ilmu kerana kuat hafazan dan ingatan.

Selamat beramal

dan

Selamat menjadi pandai

Friday, January 16, 2009

Muqaddimah Coretan Ku

Salam

Atas permintaan pelajar-pelajar dibawah seliaan ku, ingin ku coret perjalanan hidup ku sebagai pengajaran buat teman-teman. Jadikanlah peri laku buruk yang aku lakukan dalam musafir ini sebagai sempadan untuk kalian hindarkan. Ambillah iktibar teladan dari amal kebajikan yang terlaksana oleh ku atas kehendak ALLAH SWT sebagai ikutan, semoga kita mampu bersama-sama menyuburkan bumi ALLAH ini dengan amalan syariat yang berpanjangan sehingga kita terpanggil untuk kembali ke pangkuan ALLAH Rabbul Jalil.

NAMUN ....

Sesungguhnya, insan yang sepatutnya dicontohi dan diteladi bukanlah diri ku. Tetapi sebaliknya adalah Saiyidina Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib Rasulullah SAW.

Andainya ada amal kebajikan yang terhasil dari coretan tinta ku ini, hendaknya dengan izin ALLAH SWT, ingin ku sampaikan pahala amal jariahnya kepada Almarhum ayahanda tercinta Haji Ali Bin Haji Ehsan serta bonda tercinta Hajjah Latifah Haji Abdul Wahab, serta Almarhum datuk ku Haji Ehsan Haji Harun (Embah Kassan) dan seluruh umat Islam. Tak lupa juga kepada guru-guru ku serta susur galur keluarganya, Sheikh Muhammad Hafiz As Suhaimi, Sheikh Muhammad Taha As Suhaimi, Sheikh Muhammad Khairullah As Suhaimi, Sheikh Muhammad Fadlullah As Suhaimi. Sheikh Abdul Rahim As Syaibani dan Siyidi Sheikh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi.